Program Keahlian MyRSQ

Program Keahlian MyRSQ
Bantuan Kerosakan Motosikal RSQ

Isnin, 15 Disember 2008

Program Usahawan Mekanik Bergerak RSQ

Ide Mobile Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan GiatMARA memperkenalkan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan bantuan kecemasan baikpulih motosikal, perkhidmatan penyelenggaraan motosikal dan penjualan alat-alat ganti serta aksesori motosikal selaras dengan keperluan industri motosikal di Malaysia.

Sistem Operasi RSQ bakal menjadi satu pelantar untuk merangsang minat golongan usahawan muda dengan memberi pendekatan baru kepada perkhidmatan baikpulih dan penyelenggaraan kecemasan jalan raya yang ditawarkan oleh pengusaha mekanik-mekanik bergerak persendirian sedia ada.

RSQ menawarkan perkhidmatan baikpulih dan penyelenggaraan motosikal bersepadu melalui struktur sistem pengurusan yang mantap dengan menggunakan sistem pengkalan data yang canggih dan terkini bagi mewujudkan pengkalan data yang lengkap bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.


RAKAN NIAGA Program Usahawan Mekanik Bergerak RSQ


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

Memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dengan penglibatan secara lansung Agensi-Agensi yang bernaung dibawahnya sebagai pemangkin kepada Program Usahawan Mekanik Bergerak RSQ.


Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) akan menjadikan Program Usahawan Mekanik Bergerak RSQ sebagai Program Peruncitan Bumiputera sebagai langkah untuk mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.



GIATMARA
GIATMARA akan membantu memenuhi keperluan tenaga kerja dengan menawarkan penyertaan Program Usahawan Mekanik Bergerak RSQ kepada lepasan GIATMARA selain dari memberi latihan teknikal dalam bidang pembaikan dan penyelenggaraan motosikal kepada individu yang berminat untuk menyertai Program Usahawan Mekanik Bergerak RSQ melalui kursus-kursus jangka pendek khas di GIATMARA.


Tekun Nasional

Tekun Nasional berperanan untuk menyediakan pembiayaan kepada individu yang memerlukan pinjaman secara mudah dan cepat serta menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada para usahawan yang menyertai program Usahawan Mekanik Bergerak RSQ

1 ulasan:

  1. 5 hotels around winstar - casinoland.jp matchpoint matchpoint sbobet ทางเข้า sbobet ทางเข้า 메리트 카지노 고객센터 메리트 카지노 고객센터 702Trusted betting site reviews and ratings for 횔사다리 사이트 무 신사

    BalasPadam